fbpx

Majlis hari jadi anak Inul 3 malam berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INUL bersama suami dan anak tunggalnya.

KASIH sayang penyanyi dangdut Inul Daratista terhadap anak tunggalnya, Yusuf Ivander Damares memang sentiasa ditunjukkan dengan memberikan hadiah.

Tidak hairan bersempena sambutan hari jadi remaja berusia 15 tahun itu pada pertengahan Mei depan, Inul sudah merancang mengadakan majlis besar-besaran selama tiga malam berturut-turut.

Pesta tersebut akan diadakan di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur yang dikatakan sebagai hiburan untuk warga di daerahnya.

Tidak melupakan golongan kurang bernasib baik, penyanyi berusia 45 tahun itu bercadang mengundang penghuni di beberapa rumah kebajikan selain menyeimbangkan antara segmen hiburan dan dakwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI