fbpx

Lima laporan polis berkaitan gangguan seksual doktor HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Lima laporan diterima polis Perak berkaitan kes gangguan seksual melibatkan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua laporan itu diterima daripada doktor yang dinamakan dalam surat layang berkenaan.

“Setakat ini, tiada laporan diterima daripada doktor pelatih yang dikatakan sebagai mangsa dalam kejadian itu. Jadi, kita minta kepada mereka yang terlibat dalam kes ini agar tampil membuat laporan sekali gus membantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Komersil ‘Phone Scam’ anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, tular surat layang mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB yang dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.

Susulan penyebaran surat layang itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI