fbpx
Bagasi yang mengandungi wang tunai RM500,000 ditemui oleh seorang jaga parkir di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Kalaulah aku pengawal keselamatan itu…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minggu lepas, ramai yang berangan-angan untuk berada di tempat seorang pengawal keselamatan yang menemui sebuah beg berisi lebih RM500,000 di dalamnya.

Entah berapa lama agaknya beg tersebut berada di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara itu sebelum ia menjadi kes polis.

Begitu mulia hati pengawal keselamatan itu kerana tidak mendiamkan diri dengan penemuan tersebut. Boleh saja dia berlalu pergi bersama isi di dalam beg itu dan simpan di rumah untuk menjadi kaya.

Tahniah kepada pengawal keselamatan itu kerana berjaya menjadi orang yang jujur dan tidak tamak. Sekalung pujian juga kepada majikan kerana memiliki pekerja yang amanah ketika menjalankan tugas.

Kalau kita yang jumpa beg itu, belum tahu apa jadi. Sama ada serah pada polis atau bawa balik sahaja. Itu semua ujian.

Namun, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa beg yang sarat dengan not RM10, RM50 dan RM100 itu ditinggalkan di situ? Apakah cerita di sebalik beg tersebut? Siapa empunyanya?

Kalau tercicir pun, takkan tidak perasan sebab ia bukannya jarum peniti atau kerongsang buat cucuk tudung orang perempuan. Ia sebuah beg pengembara.

Setakat ini polis hanya menerima satu laporan daripada seorang pengarah syarikat teknologi maklumat yang mengakui beg itu kepunyaan mereka.

Tetapi setakat semalam dia belum muncul untuk memberi keterangan lanjut kepada polis.

Itu cerita mengenai warga asing jujur. Minggu lepas juga ada cerita mengenai warga asing tetapi melibatkan sikap amarah sehingga berlaku pembunuhan.

Lelaki Pakistan yang bekerja di sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam itu bertindak membunuh rakan sekerjanya dengan menikam mangsa menggunakan pisau berkali-kali.

Puncanya si mati yang merupakan warga Bangladesh menyedut sedikit air oren yang dibelinya di bazar Ramadan untuk berbuka puasa di hostel kilang.

Siasatan polis mendapati, mangsa terlebih dahulu telah memukul suspek dengan kayu penguli tepung kerana marah ketika ditanya mengapa dia menyedut minuman itu sedangkan dia tidak berpuasa.

Suspek kemudian ditahan selepas polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kes itu.

Apa yang berlaku menunjukkan kepada kita bahawa seseorang itu mempunyai kawalan ke atas nafsunya sama ada hendak menjadi baik atau sebaliknya ketika bulan Ramadan.

Umum mengetahui bahawa syaitan itu dibelenggu di sepanjang bulan mulia ini dan yang tinggal pada diri kita ialah nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan.

Pengawal keselamatan yang datang dari negara Islam itu memilih untuk mendengar bisikan baik dengan menyerahkan wang lebih RM500,000 itu kepada polis, manakala lelaki Pakistan itu pula membiarkan nafsu amarahnya menguasai diri.

Sesungguhnya amat sedikit insan yang lulus dengan ujian Ramadan kerana syurga melalui pintu ar-Rayyan itu mempunyai mahar yang perlu disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN