fbpx

Syabu RM503,520 dalam pek makanan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zam Halim (dua dari kiri) menunjukkan pek bungkusan makanan yang digunakan untuk menyorokkan dadah jenis syabu ketika ditemui di sidang akhbar di IPD Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang dibungkus dalam peket makanan segera selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita asing kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 39 tahun ditahan di sebuah kedai serbaneka pada pukul 12 tengah malam semalam.

“Bekalan dadah itu diperoleh daripada pembekal melalui aplikasi Telegram sebelum dibungkus semula dan diedarkan kepada pelanggan di sekitar ibu negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, hari ini.

Menurut Zam Halim, pasukan khas Balai Polis Cheras kemudian melancarkan dua serbuan dan merampas sebanyak 15,735 gram methaphetamine bernilai RM503,520 yang diperoleh dari negeri di utara Semenanjung.

“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah. Suspek memiliki pasport dan sudah berada di negara ini selama tiga minggu dan masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Beliau berkata, warga tempatan yang bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lalu itu menjadikan sebuah kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan barang terlarang tersebut.

“Jumlah rampasan dadah itu mampu menampung penggunaan seramai 31,470 orang.

“Semua suspek direman selama lima hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI