fbpx

Nazrief Nazri dedah ‘aib’ kaum sejenis, menyimpang jual insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazrief menempelak seorang individu dipercayai seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual menerusi kirim mesej WhatsApp.

PETALING JAYA – “Saya nak cium sesuatu benda boleh tapi jangan marah.”

Demikian mesej menjijikkan daripada individu dipercayai kaum sejenis kepada pelakon dan konsultan kewangan, Nazrief Nazri menerusi aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Tidak berdiam diri, pelakon berstatus suami orang itu terus menempelak pengirim terbabit, selain menitipkan nasihat mengenai azab kubur sebagai peringatan.

Pemilik nama lengkap Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 33, berkata tidak menyangka masih ada orang berani melakukan gangguan seksual pada bulan Ramadan

“Gersang pula, puasa pun ada lagi syaitan terlepas,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story.

Tangkap layar dikongsikan pelakon Nazrief Nazri berhubung kaum sejenis yang menyimpang daripada tujuan sebenar menjual kad insurans.

Malah, dalam hantaran sama Nazrief mendedahkan hajat lelaki terbabit untuk mencuba nasib terus terbantut selepas diberikan amaran keras.

“Terus tak balas (mesej) lepas kena tazkirah. Kau tak puasa? Bawa-bawa mengucap sikit. Tak takut seksa kubur ke,” balasnya.

Terdahulu, pelakon filem Seratus itu berkongsi paparan mesej diterima yang pada awalnya bertanyakan mengenai butiran kad insurans kesihatan

Namun, selepas itu perbualan individu terbabit menyimpang daripada tujuan asal dengan menyebut perkara tidak senonoh.

Bahkan, daripada tangkap layar perbualan mereka, jelas percubaannya untuk berbual dengan Nazrief menerusi panggilan WhatsApp tidak dilayan pelakon terbabit.

Suami kepada Aizatul Aqma Hamdan itu  mempunyai seorang anak lelaki bernama Noah, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI