fbpx

Gajah mengamuk rempuh orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua gajah yang merupakan sebahagian daripada perarakan itu mengamuk sebelum merempuh orang ramai. – METRO UK

NEW DELHI – Dua ekor gajah mengamuk sebelum merempuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang di sebuah festival keagamaan di India, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ribuan pengunjung berkumpul di sebuah kuil untuk perarakan keagamaan di bandar Thrissur, selatan India. 

Kejadian berlaku apabila seekor lembu yang turut terlibat dalam acara itu, menyerang salah seekor gajah berkenaan sebelum kedua-duanya mula merempuh orang ramai. 

Berpuluh-puluh peserta cedera selepas mereka terjatuh ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian.  

Tiada maklumat lanjut mengenai mangsa, manakala pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI