fbpx

117 projek perumahan terbengkalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah merekodkan 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Januari lepas dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.

“Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000.

“Manakala dua lagi projek perumahan di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga.

Tambah beliau, antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak Covid-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah.

Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat membabitkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI