fbpx

[VIDEO] Penduduk Setia Eco Templer gotong-royong pasang dekorasi Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kongsian @faizal.nayan di laman TikTok, semalam.

PETALING JAYA – Penduduk Setia Eco Templer, Rawang mendapat perhatian orang ramai setelah video gotong-royong menghias kawasan perumahan dengan dekorasi Aidilfitri tular di laman TikTok, semalam.

Menerusi video berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh @faizal.nayan, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut tetap turun padang walaupun berbeza bangsa dan agama.

Faizal berkata, gotong-royong tersebut merupakan aktiviti wajib yang akan diadakan setiap kali tibanya musim perayaan.

“Di mana kita gantung tanglung dahulu untuk perayaan Tahun Baharu Cina, kita gantikan pula dengan hiasan raya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai memuji semangat perpaduan serta budaya kejiranan yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut.

“Tahniah saya ucapkan kepada penduduk di Setia Eco Templer kerana mempunyai hubungan erat dengan jiran-jiran, seronok saya tengok,” kata Zuraidah.

“Saya rasa terharu tengok video ini. Inilah rakyat Malaysia yang sebenarnya, teruskan begini,” kata Siti.

“Memang harmoni penduduk di perumahan ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Anda adalah contoh terbaik bagi rakyat Malaysia,” kata Harmoni.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 176,800 tanda suka dan 1.8 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

@faizal.nayan Raya vibes di Setia Eco Templer hari ini.. 🙌 #raya2024 ♬ Lagu Raya Viral Keindahan Aidilfitri – CEO OF RANDOM ✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI