fbpx

Pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Adila maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat Sungai Petani, petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Sungai Petani 2, di sini maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kereta di Simpang Tiga Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat sini pada petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa, Nur Adila Hussin, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Dinamik dan dua kereta jenis Toyota Vios dan Mercedes-Benz.

Katanya, ketika kejadian ketiga-tiga kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Kulim.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba membelok masuk ke simpang sebelah kanan menyebabkan kereta Mercedes-Benz yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak.

“Pemandu lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan cuba memperlahankan kenderaan, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan dia terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” ujarnya.

Katanya, akibat perlanggaran itu, mangsa telah tercampak ke kiri jalan sebelum dilanggar kereta Toyota Vios yang berada di lorong yang sama.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di pelbagai anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI