fbpx

Alahai Alicia Amin, hormatlah Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada video kempen jenama pakaian digayakan Alicia Amin.

MENGUCAP panjang Diva saat melihat hantaran Instagram, pelakon juga model jelita, Alicia Amin baru-baru ini.

Semuanya kerana memuat naik video dengan imej mencolok mata menunjukkan dia memakai pakaian dalam. Memang seksi dan seksa mata melihatnya.

Mungkin perkara dan imej sebegitu normal buat Alicia tetapi tidak bagi segelintir individu, tambahan dia memuat naik kandungan tersebut pada bulan Ramadan.

Meskipun atas tuntutan kerja, hormatilah bulan mulia ini dan mungkin boleh muat naik selepas Ramadan.

Memang tidak sesuai langsung berkongsi kandungan sebegitu dan kalau kena kecam jangan pula melenting ya.

Harap selebriti lain tak lakukan perkara sama dan buat Alicia, jadilah individu yang lebih sensitif dan peka, tahulah awak moden.

DIVA: Ada segelintir artis yang tak boleh ditegur malah dituduh suka jaga tepi kain orang pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI