fbpx

Rafizi nafi harga petrol, diesel naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan menafikan khabar angin berhubung dakwaan harga minyak petrol dan diesel dijangka naik sebelum Aidilfitri ini.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, fokus kerajaan saat ini adalah memberi keutamaan dari segi penyediaan bantuan dan sistem sokongan terutamanya pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sebelum memikirkan sebarang keputusan melibatkan subsidi petrol dan diesel.

“Tidak betul. Saya rasa kita telah berterus-terang kepada rakyat bahawa kita mahu letakkan semua bantuan dan sistem sokongan pada tempatnya dulu sebelum apa-apa keputusan mengenai subsidi petrol itu dibuat.

“Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel ini memandangkan ia terlalu dekat dengan tarikh tutup perlaksanaan Padu iaitu pada 31 Mac ini.

“Ini kerana kita perlukan data itu dibersihkan, kita perlu maklumkan kepada orang ramai siapa yang dapat,” katanya kepada pemberita selepas sesi town hall Padu di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah firma penyelidikan menjangkakan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

Ini dikatakan pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan juga telah mengumumkan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar itu akan dipertimbangkan daripada suku kedua ke atas.

“Ini kerana apabila melihat pada garis masa, kita memang perlukan suku pertama iaitu empat hingga lima bulan pertama ini untuk kita menyelesaikan soal sistem sokongan untuk diberikan bantuan kepada orang ramai,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI