fbpx

Pengawal keselamatan jujur jumpa bagasi RM500,000 terima penghargaan syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant, menyerahkan sijil penghargaan kepada Sherpa Dawa atas sikap jujur beliau melaporkan tentang penemuan beg berisi RM500,000. - IHSAN FACEBOOK AG SECURITY SERVICE

PETALING JAYA – Sikap jujur yang dipamerkan seorang pengawal keselamatan warga Nepal, Sherpa Dawa yang tular selepas beliau menjumpai bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara, Rabu lalu telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata orang ramai memuji sikap Dawa, 39, yang dianggap seorang pekerja dan petugas bertanggungjawab meskipun berdepan dengan longgokkan wang tunai yang banyak.

Semalam, bagi menghargai jasa Dawa memulangkan wang dalam bagasi berkenaan, pihak majikannya, A5 Security Service telah mengadakan sebuah majlis ringkas untuk meraikannya.

“Menghormati wira kami, pengawal keselamatan Encik Sherpa Dawa menerima Anugerah Integriti

“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa pegawai keselamatan kami yang berdedikasi, Encik Sherpa Dawa telah diiktiraf dan diberi penghormatan atas integriti dan kejujurannya yang luar biasa.

“Komitmen yang tidak berbelah bahagi Encik Dawa terhadap tugasnya dan kejujuran yang luar biasa, tahniah dan terima kasih kepada En. Sherpa Dawa atas dedikasi dan kejujurannya yang cemerlang. Tindakannya menjadi contoh yang cemerlang kepada kita semua,” kata syarikat itu dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada pukul 8 pagi, Rabu.

Pemeriksaan mendapati beg itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.

Kelmarin, sebuah syarikat mendakwa wang tunai RM500,000 dalam bagasi ditemui itu milik mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI