fbpx

‘Itu arahan kepada kakitangan, Sarawak masih tinggi daftar Padu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada sesi town hall di pusat konvesyen MBSA Shah Alam.

SHAH ALAM – Sarawak menjadi negeri yang paling tinggi mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama Utama (Padu) meskipun timbul arahan penangguhan pendaftarannya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau menyifatkan arahan itu hanya melibatkan kakitangan kerajaan negeri dan bukan rakyat Sarawak secara keseluruhan berdasarkan memo Residensi Seri Aman yang tular baru-baru ini.

“Sarawak mencatatkan pendaftaran Padu paling tinggi. Arahan tersebut tidak menjejaskan pendaftaran rakyat Sarawak.

“Cuma arahan kerajaan negeri kepada kakitangan kerajaan negeri untuk menangguhkan pendaftaran Padu. Keputusan dibuat selepas mesyuarat kabinet negeri diadakan,” katanya selepas sesi town hall Padu di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jumlah pendaftaran setakat ini di Sarawak.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat di dalam maklumat yang diperlukan Padu ekoran ada maklumat peribadi seperti butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan yang tidak sepatutnya tidak didedahkan.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi membincangkan arahan penangguhan tersebut minggu depan.

“Selama ini pun Padu telah diterima pakai (selepas dibentangkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri) sebab itu ia diteruskan.

“Dari segi tata kelola Padu, ia juga tertakluk kepada jawatankuasa tertinggi kerajaan iaitu Majlis Data Dan Statistik Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadhilah Yusof yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak.

“Oleh itu saya ingat ada beberapa pandangan dari anggota kabinet Sarawak yang diputuskan peringkat kabinet mereka yang menyebabkan arahan itu (pendaftaran Padu),”katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI