fbpx

Dua warga Singapura maut dirempuh ketika konvoi sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal berkuasa tinggi warga Singapura selepas dirempuh lori dalam kejadian di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Hentian Sebelah Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Hasrat lapan warga Singapura untuk bersahur di Pagoh tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut selepas dirempuh sebuah lori ketika berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Hentian Sebelah Yong Peng, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kesemua mangsa berkonvoi menaiki motosikal berkuasa tinggi daripada Johor Bahru ke Pagoh untuk bersahur.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, tujuh penunggang terpaksa berhenti di lorong kecemasan selepas mendapati salah seorang rakan mereka mengalami masalah tayar bocor di Hentian Sebelah Yong Peng.

“Ketika menunggu, secara tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah sama dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun hilang kawalan sebelum termasuk ke lorong kecemasan dan merempuh mangsa,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, akibat rempuhan itu, dua daripada penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala empat lagi parah dan seorang lagi terselamat.

Ujarnya lagi, mayat mangsa yang kedua-duanya berusia 26 tahun dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat manakala empat mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

“Pemandu serta kelindan lori yang berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 Mac bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI