fbpx

[VIDEO] Tular ‘Linkin Park’ nyanyi lagu XPDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mat salih menarik perhatian ramai dengan nyanyian lagu popular XPDC bertajuk Hentian Ini.

PETALING JAYA – Kemunculan seorang lelaki mat salih menyanyikan lagu popular kumpulan rock terkenal tanah air dengan sempurna meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Yun Jamal di TikTok, video berdurasi kira-kira seminit itu memaparkan lelaki berkenaan sedang menyanyikan lagu bertajuk Hentian Ini dengan penuh perasaan.

“Linkin Park nyanyi lagu XPDC,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Persembahan lelaki itu yang diiringi sebuah kumpulan penyanyi jalanan menerima pujian ramai berikutan lagu berkenaan bernada tinggi dan sukar untuk dinyanyikan.

“Bukan senang nak nyanyi lagu ni,” kata @Putri Azura.

“Peminat XPDC ni. Sebutan Bahasa Melayu dia pun bagus tak ada slang pun,” ujar @tihazza.

“Sedap pula suara, lebih kurang penyanyi XPDC,” puji @ALynn.

“Meremang kejap. Dahsyat juga mat salih ni,” tulis @ejam2210. – KOSMO! ONLINE.

@mohdyunus_80 Lain maciamm – Hentian ini #xpdc ♬ bunyi asal – Yun Jamal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI