fbpx

Cuaca panas: Murid sekolah agama kerajaan Johor dibenar pakai baju sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN Johor membenarkan murid SAKJ memakai pakaian sukan untuk sesi persekolahan bermula Ahad ini ekoran keadaan cuaca panas.

JOHOR BAHRU – Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dibenar untuk memakai pakaian sukan sewaktu sesi persekolahan ekoran cuaca panas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pakaian tersebut bagaimanapun perlulah bersesuaian dan sopan.

“Berikutan cuaca panas yang berterusan, sekolah-sekolah SAKJ diberi kelonggaran untuk membenarkan anak-anak kita mengenakan pakaian sukan yang sopan sewaktu sesi persekolahan.

“Ahad ni sudah boleh mula,” katanya ringkas dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, terdapat rungutan dalam kalangan ibu bapa apabila murid-murid yang bersekolah di sekolah agama seluruh negeri ini perlu memakai pakaian seragam setiap hari semasa sesi persekolahan.

Rungutan itu ekoran keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah membenarkan pemakaian baju sukan dan baju kokurikulum pada hari-hari tertentu bagi meningkatkan keselesaan pembelajaran murid dan pelajar di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI