fbpx

BN tidak bertanding di kerusi DUN Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini. FOTO oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BH) tidak akan bertanding untuk kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bagi memberi ruang kepada parti lain di bawah Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perkara tersebut telah dipersetujui di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, petang tadi.

“Kita mengetahui bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu di Selangor telah meninggal dunia.

“Walaupun jumlah pengundi di kawasan tersebut telah meningkat dengan jumlah pengundi Melayu mencapai 50 peratus, demi menghormati kerajaan Madani, rakan-rakan UMNO perlu hormat kerusi tersebut dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Zahid berkata, walaupun tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan tersebut masih belum ditentukan, UMNO akan terus akan menggerakkan jenteranya untuk turun membantu calon berkenaan.

“Dengan rasa saling hormat-menghormati, kita dapat menjalin hubungan supaya kerajaan Madani yang sama-sama kita dukung ini kekal mantap dan kukuh,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kanser, Khamis lalu.

Perkara itu disahkan Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr N Sathia Prakash menerusi hantaran di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI