fbpx

Wang RM3.46 juta hangus terjerat pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an menanggung kerugian kira-kira RM3.46 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada pukul 9.54 malam semalam.

Mangsa memaklumkan bahawa pada 22 Januari lalu, dia menerima satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi.

“Pengadu telah melakukan sebanyak 60 transaksi berjumlah RM3.46 juta ke dalam pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pengadu hanya menyedari telah menjadi mangsa tipu setelah semakan ke atas laman web pelaburan tersebut dibuat dan didapati ia tidak wujud.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Nilai membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan suspek yang terlibat untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI