fbpx

Sime Darby Berhad sempurnakan pengambilalihan UMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat SIme Darby Berhad di Ara Damansara, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Sime Darby Berhad hari ini mengumumkan proses pengambilalihan 100 peratus kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW) telah berjaya disempurnakan dan UMW kini merupakan anak syarikat milik penuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pencapaian tersebut jelas menandakan keyakinan pasaran terhadap hala tuju strategik syarikat, serta nilai yang bakal dicipta dengan penyertaan UMW dalam Kumpulan.

“Keutamaan kami sekarang ialah untuk menyempurnakan penyepaduan UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas.

“Memanfaatkan kekuatan bersama, terutamanya dalam sektor automotif dan Perindustrian bakal membolehkan kami mengukuhkan kelebihan daya saing serta meluaskan jejak domestik untuk terus memacu pertumbuhan jangka panjang.

“Langkah ini juga sejajar dengan Pelan Induk Strategi 5 Tahun kami untuk mengembangkan perniagaan teras kami, iaitu perindustrian dan automotif, di pasaran utama serantau serta mengukuhkan sumbangan keuntungan dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI