fbpx

Mahkamah: Penyelia didakwa pukul bini guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan Azmeer (kanan) didakwa memukul isterinya dengan penyapu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penyelia syarikat kebersihan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan penyapu pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Farhan Azmeer didakwa memukul pasangannya yang berusia 43 tahun dengan penyapu sehingga cedera.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kubang Tangga di sini pada pukul 6 petang, 16 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April iini. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd. Ali, manakala Ahmad Farhan Azmeer tidak diwakili peguam.

Difahamkan, sebelum kejadian, tertuduh bertengkar dengan isterinya yang didakwa menyembunyikan beg milik lelaki itu yang dipercayai mengandungi bahan larangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI