fbpx

JPNJ sedia beri kaunseling 3 remaja jadi mangsa liwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (kiri) melihat cermin sekolah selepas mengadakan sisi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai , hari ini.

KULAI – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersedia untuk memberikan khidmat kaunseling kepada tiga remaja lelaki yang disyaki menjadi mangsa liwat kepada pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, khidmat kaunseling itu akan dilakukan dalam masa terdekat mengikut kesesuaian pelajar tersebut.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan bagi membantu remaja terbabit yang dipercayai menjadi mangsa seks bagi memulihkan semangat mereka.

“Kita akan uruskan khidmat kaunseling itu kepada remaja berkenaan (yang disyaki menjadi mangsa liwat pemimpin sayap pemuda parti politik).

“Ini merupakan usaha JPNJ bagi membantu pelajar tersebut (yang berdepan detik hitam itu),” Katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, di sini hari ini.

Kelmarin, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah, di sini setakat ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI