fbpx

Izzue Islam tiada masalah ‘kerja’ dengan pelakon terkait kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Izzue Islam tiada masalah digandingkan dengan aktres kontroversi.

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak menolak andai digandingkan dengan aktres yang pernah terpalit kontroversi walaupun sedia maklum berdepan risiko kecaman.

Malah, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, menegaskan enggan masuk campur urusan orang lain.

“Kalau tawaran berlakon datang dan digandingkan dengan artis dihambat kontroversi, saya tidak kisah. Saya anggap itu rezeki.

“Kenapa kena tolak tawaran, sedangkan pelakon berkenaan tiada masalah dengan saya? Kita tidak duduk dalam kasut mereka dan tak tahu perkara sebenar jadi jangan tuding jari kepada sesiapa.

“Saya tak suka bermusuh atau mengasingkan diri. Mungkin artis itu bermasalah, tapi dia tiada masalah dengan saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Izzue bimbang andai dugaan yang menimpa orang lain, berlaku pada dirinya termasuk seperti ditangkap khalwat yang melibatkan rakan seperjuangan iaitu Aliff Aziz dan Ruhanies.

“Jujurnya, perasaan risau tetap ada dan perlu ada pada setiap orang supaya kita lebih peka dalam setiap keadaan. Kenapa saya tidak lantang bersuara mengenai kontroversi ini kerana bimbang orang akan ‘tembak’ semula bila perkara sama berlaku kepada saya.

“Sekarang ini rakan sedang diuji, tak kiralah siapa salah, benar atau memulakannya. Jadi, kita doakan semoga mereka dapat jalani ujian dengan baik dan semuanya dipermudahkan.

“Kalau asyik nak cakap perkara sama, memang tidak akan habis. Takut juga kalau terus bercakap dan berada dalam keadaan tertekan, kita pula dituduh jadi punca masalah kesihatan mental,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI