fbpx

Budak perempuan gigih cuba cium Hajar Aswad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak perempuan berjaya mencium Hajar Aswad di Kaabah, Arab Saudi. - Foto X/@ALMISNID

RIYADH –  Satu rakaman video memaparkan percubaan gigih seorang kanak-kanak perempuan untuk mencium Hajar Aswad menyentuh hati pengguna media sosial di seluruh Arab Saudi, lapor portal berita Gulf News semalam.

Walaupun terdapat halangan awal, dia akhirnya berjaya dalam misi mencium Hajar Aswad di Kaabah.

Pada mulanya, anggota-anggota  keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal aliran jemaah dan menjaga ketenteraman di kawasan tersebut tidak membenarkan dia mendekati Hajar Aswad.

Namun, ketabahan kanak-kanak itu akhirnya membuahkan hasil. 

Salah seorang pegawai keselamatan akhirnya membantunya untuk mencium Hajar Aswad.

Kanak-kanak itu gembira sebelum dia kembali kepada bapanya yang mengawasi, menyokong dan memberi motivasi kepadanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI