fbpx

Wanita terkejut temui 8 lipas dalam tose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPAN lipas muncul dalam tose seorang wanita di sebuah kedai kopi di New Delhi baru-baru ini. - Foto Ishani/Instagram

NEW DELHI – Seorang wanita mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila lapan ekor lipas ditemui di dalam tose yang dijamah di sebuah kedai kopi di New Delhi, lapor portal berita Berzinga kelmarin.

Dia kemudian berkongsikan video di laman Instagram bagi menceritakan kisahnya dan menunjukkan bukti kepada netizen.

“Kami memesan dua tose, dan tidak lama selepas beberapa gigitan, saya melihat sesuatu yang aneh lalu mengambilnya dari makanan.

“Ia adalah lipas! Terdapat lapan ekor lipas dalam satu tose,” tulisnya.

Wanita tersebut selain itu turut menyebut mengenai dapur kedai yang berbau busuk.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung aspek kebersihan di premis tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI