fbpx

[VIDEO] Tidak sempurna tetapi mampu tarawih 20 rakaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengerjakan tarawih 20 rakaat biarpun keadaan tak sempurna.

PETALING JAYA – Biarpun dalam keadaan tidak sempurna, seorang lelaki mampu mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat.

Melalui perkongsian di laman TikTok oleh Syuk Abu Hassan, dia terkejut apabila ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an ke 60-an mengerjakan solat tarawih 20 rakaat dalam keadaan tidak sempurna.

“Dalam keadaan ‘begini’ dia tetap solat, malah sampai habis 20 rakaat, kita yang acah sempurna ni pun solat malas dan solat hujung waktu.

“Allah tidak pandang siapa atau apa pangkat kita. Solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba,” katanya.

Tambah Syuk, insan hebat itu dipercayai datang dengan cucunya kerana selepas selesai solat, lelaki itu kelihatan dipimpin keluar oleh seorang kanak-kanak.

Sehingga kini video ini telah mendapat 1.5 juta tontonan, 211,800 tanda suka dan 6,198 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@syuk_abuhassan “kita solat bukan sebab kita baik, kita solat sebab kita hamba ..” malam ni aku buat 8 saja tarawih tapi datang dengan kawan dia nak sambung so aku cakap aku tunggu kat belakang la lepas witir aku rilek la sat iktikaf dalam masjid, ekon pun sedap karpet tebal 😚 so lepas witir aku duk then aku ternampak sorang hamba Allah ni ☝🏻 masyaAllah 🤲🏻 dalam keadaan ‘begini’ dia tetap solat malah dia buat 21 wei sampai abes . kita yang acah sempurna ni solat pun malas, kalau solat pun dah hujung waktu . pakcik ni datang dengan cucu nya aku rasa sebab abes solat budak kecik datang then pegang tangan jalan keluar . insan hebat ni baya bapak kita dah . dalam linkungan 50-60 macam tu aku rasa . aku pandang je dari dia abes solat sampai jalan keluar . macam mana dia berdiri masa solat macam tu laa dia jalan, slow je sambil senyum . masa aku pandang tu leleh juga la air mata . ingat sahabat, Allah itu tidak pandang siapa atau apa level kita . Allah itu Maha Adil & Allah juga Maha Melihat ☝🏻yang baik kita amik pedoman .. Salam Ramadhan 4 Syuk Abu Hassan #explore #mskr #explorepage #rxzycba #salamramadhan ♬ original sound – Syuk Abu Hassan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI