fbpx

Selangor antara negeri dilanda ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, antara negeri terlibat adalah Selangor, (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Tampin) dan Perak (Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Turut terlibat di Melaka di Jasin dan beberapa tempat di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Hujan di sebelah petang dijangka berlaku pada setiap petang diselangi cuaca panas pada awal pagi sehingga tengahari esok, ujar MetMalaysia.

Sementara itu, di Sarawak pula ribut petir di satu dua tempat membabitkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI