fbpx

Lelaki Bangladesh dibunuh gara-gara minum air oren rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian

SHAH ALAM – Berang air oren diminum menjadi punca seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 49 tahun maut ditikam berkali-kali menggunakan pisau dapur oleh suspek warga Pakistan berusia 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki India kira-kira pukul 7.20 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dan suspek yang merupakan pekerja am di kilang tersebut.

“Mereka tinggal bersama-sama di dalam kontena yang dijadikan sebagai asrama kilang. Kejadian berpunca apabila suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa sebelum ditikam beberapa kali dengan sebilah pisau yang diambil daripada dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, polis kemudiannya berjaya menahan suspek kira-kira pukul 7.30 malam di lokasi kejadian.

Turut dirampas pisau yang digunakan semasa kejadian dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini, manakala kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI