fbpx

Anwar beri sumbangan kepada Ali XPDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Ali XPDC di kediamannya di Bandar Salak Tinggi semalam.

PETALING JAYA – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Ali XPDC di kediamannya di Bandar Salak Tinggi semalam.

Anwar berkata, Ali kini menderita akibat masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.

“Saya juga difahamkan saudara Ali dan keluarga hanya bergantung harap kepada jualan produk maruku yang dihasilkan oleh isterinya.

“Bagi meringankan beban beliau dan keluarga, saudara Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau mendoakan Ali dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.

“Bagi yang berminat untuk membeli maruku hasil usaha isteri saudara Ali, boleh hubungi ‪+60 11‑7070 0885‬ (Sharifah),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI