fbpx

Saya bukan perhiasan majlis – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini. Foto oleh OFFICIALSULTANIBRAHIM

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan Baginda akan sentiasa memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memulakan cara pemerintah yang sebenar selepas ini.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara.

“Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.

Berangkat sama Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan.

“Tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI