fbpx

Keputusan STAM 26 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Katanya, bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan di myresultstam.moe.gov.my.

“Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM dengan menaip STAM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Kedua-duanya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 26 Mac sehingga pukul 6 petang pada 1 April,” katanya hari ini.

Pada peperiksaan itu, seramai 4,058 orang calon mendaftar melibatkan 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI