fbpx

KDN serah isu stoking kalimah Allah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan surat keputusan kewarganegaraan di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan PDRM sudah menerima sejumlah aduan mengenai isu itu.

“Sudah ada sejumlah laporan polis diterima, jadi hal itu polis akan tangani. Sudah ada aduan, biar polis uruskan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan keputusan kewarganegaraan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes penyampai berita dan pengacara televisyen yang menyifatkan tindakan anggota polis sebagai kasar, Saifuddin berkata, kes itu akan ditangani secara adil bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Saya punya prinsip mudah iaitu dengar kedua-dua versi supaya kita berlaku adil dan kita dapat dari dua-dua versi. Ia termasuk versi pengadu dan versi anggota polis yang bertugas barulah kita boleh tahu kedudukan sebenar.

“Oleh kerana hal ini sekarang sedang diuruskan, kita tunggu keputusan. Polis tidak selamanya betul dan pengadu juga ada buat silap. Jadi dalam kes ini, jelas dimana pengadu ada versi dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI