fbpx

Cuaca panas tanpa hujan tiga hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh FATIN FILZATI

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dengan suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celcius di Kuala Lumpur, Batu Pahat, Johor dan Sepang, Selangor selama tiga hari berturut-turut.

Menurut MetMalaysia, kawasan lain yang turut mengalami cuaca panas adalah Raub dan Temerloh di Pahang, Selangor (Muar) serta beberapa daerah di Perlis, Kedah, dan di bahagian tengah Perak.

“Daerah Pokok Sena di Kedah pula masih merekodkan tahap gelombang haba dengan suhu maksimum antara 37 hingga 40 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut,” katanya hari ini.

Selain itu Tambah MetMalaysia, semua negeri di semenanjung diramalkan mengalami cuaca cerah dan tiada hujan dijangka berlaku sehingga awal petang nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI