fbpx

Tangisan tepi tingkap, darah keluar ikut dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan dimana tangisan misteri itu sempat dirakamkan dan darah yang mengalir dari dinding bilik air.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di TikTok yang sempat merakamkan suara tangisan seorang wanita di tepi tingkat di sebuah rumah yang didakwa sebagai satu entiti misteri kerana kelibatnya tidak kelihatan.

Menerusi video yang dikongsikan @rosman952, permulaan video menunjukkan suasana di belakang sebuah rumah yang sunyi melalui tingkap sebelum terdengar suara tangisan wanita yang sangat jelas.

“Menangis tepi tingkap.. bukan edit. Sudah dua malam berturut-turut dengar nangis,” ujarnya.

Menerusi tinjauan Kosmo!, dalam video hantarannya yang lain pula, @rosman952 turut merakamkan kejadian aneh seperti darah keluar tanpa henti melalui dinding bilik air dan ada yang berpendapat bahawa ia adalah buhul sihir yang ditanam di tepi rumahnya.

“Ilmu pengasih.. lepas mati benda itu, terus tubik (keluar) darah.

“Hampir sejam darah mengalir..matikan sihir yang orang hantar. Dengan izin Allah, terbatal sihir,” ujar Rosman Sari.

Sementara itu, pengguna yang lain juga turut berkongsi kejadian aneh yang pernah menimpa diri mereka.

“Betul benda begini wujud, pernah kena macam ini, dia punya mendayu-dayu dalam bilik air, memang dengar dengan jelas, rasa dekat dengan telinga. Bila panggil laki, tiba-tiba dia senyap,” ujar Amira.

“Rumah kita dahulu macam ini juga, dalam dinding. Kakak kawe (saya) pergi kacau ia semasa tengah keluar darah macam ini. Habis sakit tangan dia,” komen Muhd. Ramadhan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI