fbpx

Cuaca panas, cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca di sebelah pagi agak panas dan cerah hampir di kesemua negeri di Semenanjung.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman YouTubenya sebentar tadi berkata, ribut petir dan hujan lebat dilihat hanya berlaku sekitar kawasan perairan Perak dan Selangor.

“Di Sabah dan Sarawak, hampir kesemua bahagian di kedua-dua negeri brkenaan pada pagi ini dalam keadaan yang baik dan cerah.

“Hujan lebat hanya berlaku sekitar kawasan persisir pantai bahagian Kuching dan juga Mukah, Sarawak yang dijangka beransur reda menjelang lewat pagi nanti,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti di luar rumah ekoran cuaca negara masih lagi panas terutama pada waktu tengah hari serta awal petang.

“Setakat semalam, masih terdapat banyak kawasan di sekitar Semenanjung terutama di sebelah utara yang telah diletakkan pada tahap berjaga-jaga melibatkan suhu di antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius sejak tiga hari yang lepas.

“Terdapat juga satu kawasan di daerah Pokok Sena, Kedah yang telah dinaik taraf kepada tahap kedua gelombang haba iaitu mencatakan suhu melebihi 37 darjah Celsius sepanjang tiga hari lepas,” kongsi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI