fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa Kedah, Perak dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat di Kedah adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Ujarnya, cuaca sama turut dilaporkan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, di Sarawak kawasan yang diramal ribut petir adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI