fbpx

Berhentilah berbalah isu remeh – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIYANA JASMAY

SIAPALAH yang sanggup melihat manusia lain dizalimi dan diseksa? Lebih sakit hati, melihat pula orang yang diseksa itu adalah yang seagama dengan kita.Itu kata kita, tetapi tidak buat pihak berhati binatang.

Begitu juga yang dirasai pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini yang terkesan melihat video memaparkan sekumpulan individu beragama Islam di negara lain menderita, kelaparan dan diseksa.

“Terlalu banyak kesakitan yang dilakukan terhadap orang Islam di negara lain sementara kita di Malaysia sangat aman tetapi masih merungut dan bergaduh sesama sendiri.

“Semoga Allah lindungi semua kanak-kanak yang tidak berdosa terutama yang telah terpisah daripada ibu bapa mereka

“Semoga Tuhan tingkatkan keimanan, tawakal dan akhlak yang baik kepada kita semua,” tulisnya penuh kesedaran dan keinsafan dalam InstaStory.

Syukurlah kita masih boleh berpuasa dengan aman. Berhentilah berbalah isu yang terlalu remeh ya.

DIVA: Pelakon Jasmine Suraya, tak dapat tajaan untuk sambung belajar, mungkin penaja rasa tak berbaloi taja artis pergi belajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI