fbpx

Wanita jumpa wang hampir RM300,000 dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan wang tunai Vietnam di Hanoi. - Foto AFP

HANOI – Seorang wanita tidak menyangka menemui sebuah beg mengandungi wang tunai sebanyak 1.2 bilion dong (RM238,958) di dalam van mini miliknya, lapor portal berita VNEXpress semalam.

Nguyen Thi Luc, 44, menemui beg tersebut selepas dia menghantar bekalan telur kepada penjaja di sebuah pasar tempatan di Hanoi pada Rabu lalu.

Selepas melakukan penghantaran, dia menemui wang tersebut di dalam beg plastik dan bertanya kepada beberapa orang di sekitar van mini itu tetapi mereka mengaku bukan  pemiliknya.

Dia kemudian membawa wang itu ke balai polis terdekat.

Pasukan polis yang melakukan siasatan akhirnya berjaya mengesan pemilik wang tunai itu yang merupakan seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Le Duc Son

Dia  memperoleh wang itu selepas menjual sebidang tanah pada hari sebelumnya.

“Anak lelaki Son mengambil beg berisi wang itu dan secara tidak sengaja meninggalkannya di sekitar pasar Dinh,” kata seorang ketua polis tempatan, Le Duy Hoa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI