fbpx

RM5.4 bilion dibelanjakan di bazar Ramadan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) menyampaikan Insentif Tadbir Urus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kesedar di Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

TANAH MERAH – Seramai 22 juta umat Islam di negara ini sudah membelanjakan sebanyak RM5.4 bilion di semua bazar Ramadan di negara ini pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi (MUST).

“Secara purata, pembaziran bagi perbelanjaan di bazar Ramadan itu membabitkan 850 gram secara individu. Jumlah tersebut boleh disifatkan sangat tinggi kerana ia berlaku dalam tempoh sebulan sahaja.

“Peniaga-peniaga di bazar ramadan wajar dibantu, tetapi jumlah perbelanjaaan (RM5.4 bilion) itu sangat tinggi dan mungkin berlaku pembaziran,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kesedar di Masjid Mukim Batang Merbau, di sini sebentar tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI