fbpx

Dua maut Myvi bertembung di Tanjung Labuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Kereta Perodua Myvi yang dipandu Chin Sio Mei dan Mohammad Ariff Azeem Ahmad selepas bertembung dalam kemalangan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru - Melaka berhampiran Tanjung Labuh di Batu Pahat, malam semalam.

BATU PAHAT – Seorang lelaki dan wanita maut akibat kecederaan parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran Tanjung Labuh di Batu Pahat, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Chin Sio Mei, 43, dan Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu melibatkan mangsa dikenali sebagai Chin Sio Mei, 43, dan Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Chin Sio Mei yang memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Rengit menuju ke Batu Pahat manakala Mohammad Ariff Azeem turut memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Menurut Ismail lagi, kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI