fbpx

Cuaca kering, panas lebih 35 darjah Celcius minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius di Semenanjung termasuk Sabah, sepanjang minggu ini.

MetMalaysia berkata, bagaimanapun, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan sehingga pagi.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, dijangkakan cuaca panas masih berlaku di kebanyakan tempat di sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan,” katanya, hari ini.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI