fbpx

Tiada beras tempatan bukan kes terpencil – Syed Abu Hussin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Isu membabitkan ketiadaan bekalan beras tempatan bukanlah masalah terpencil memandangkan ia berlaku di seluruh negara.

Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Negara Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, masalah itu didapati masih berlaku setelah pihaknya mengadakan beberapa sesi tinjauan di seluruh negara sejak 20 Februari lalu.

Malah, beliau berkata, penggerak-penggerak Madani juga dikerahkan untuk meninjau sebanyak 30 buah lokasi di seluruh Semenanjung hari ini dan mengesahkan masalah ketiadaan beras putih tempatan masih berlaku.

“Maklumat-maklumat yang dimaklumkan oleh mana-mana menteri bahawa kes ini terpencil sebenarnya tidak (tepat). Ia kes besar dan semua rakyat mengeluh ketiadaan beras putih tempatan yang dijual pada harga RM26.

“Ia boleh saya sahkan dengan beberapa tinjauan yang dilakukan sebelum ini lagi. Sebelum ini kita buat tinjauan pada 20 Februari, 4, 7 dan 15 Mac serta terakhir pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini merupakan kes terpencil dan membabitkan beberapa kawasan sahaja.

Sehubungan itu, beliau berkata, NACCOL akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memantau isu kekurangan bekalan beras tempatan itu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI