fbpx
SAFIDI memangku Nur Aisya Sumayyah sambil disaksikan Siti Aishah di Kampung Bendang Padang, Kupang, Baling baru-baru ini.

Seksa bayi menyusu guna tiub dimasuk dalam perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Sepasang suami isteri memohon bantuan orang ramai bagi membantu meringankan beban menyediakan keperluan anak ketiga mereka Nur Aisya Sumayyah Safidi, 8 bulan, yang menghidap penyakit Edward Syndrome sejak dalam kandu­ngan.

Safidi Shaari, 46 berkata, keperluan itu seperti susu, lampin pakai buang dan sebagainya mencecah hampir RM500 sebulan dan bantuan diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digunakan sepenuhnya untuk perkara itu.

Katanya, dia hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM800 sebulan dan menyara tiga anak, dua daripadanya masih bersekolah rendah.

Bercerita lanjut katanya, pe­nyakit yang dihidapi Nur Aisya Sumayyah terdapat satu dalam 2,000 pesakit kanak-kanak dan jangka hayat hidup mereka
tidak mampu bertahan lama.

“Bagi anak saya, doktor menjangkakan hanya boleh hidup selama 10 bulan.

“Dia mengalami kecacatan kekal di kedua-dua belah tangan bermula dari pergelangan ta­ngan hingga ke jari,” katanya di Kampung Bendang Padang,
Kupang, di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, Safidi dan isteri, Siti Aishah Md. Isa, 36, sentiasa berdoa kepada Allah dan mengharapkan keajaiban agar usia anak mereka dipanjangkan.

Menurunya, organ dalaman anaknya itu juga bermasalah kerana paru-parunya ditindih dengan hati menyebabknnya cepat letih dan dia ditidurkan me­ngiring supaya lebih selesa dan hanya minum susu melalui tiub getah yang dimasukkan terus ke dalam perutnya tiga jam sekali.

Pernah beberapa kali Aisya dikejarkan ke Hospital Daerah Baling pada waktu tengah malam untuk memasang semula tiup saluran susu kerana tercabut.

“Kami tidak pandai memasukkan semula tuib itu kerana bimbang tersalah pasang.

“Baru-baru ini seminggu anak saya dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada paru-paru dan memerlukan mesin penyedut kahak. Kasihan melihat dia sukar bernafas dan bunyi di dadanya agak kuat kerana ba­nyak lendir kahak,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi talian 019-560 2010 atau beri sumbangan melalui akaun Maybank 102046006229 (Safidi Shaari)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN