fbpx

Simbah, bakar kenalan : Tukang cat ditahan, seorang lagi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang tukang cat warga Myanmar dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kes siram dan bakar dua kenalannya di padang permainan Kampung Cheras Baru, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan penangkapan suspek berusia 36 tahun itu hari ini.

“Suspek yang merupakan warga Myanmar ditangkap di rumah sekitar Ampang.

“Permohonan reman dibenarkan bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi suspek dipercayai berusia 26 tahun masih lagi dikesan.

Semalam Kosmo! melaporkan mangsa wanita berusia 32 tahun melecur 30 peratus di muka dan badan manakala anaknya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu lalu.

Suami mangsa yang juga warga asing tampil membuat laporan pada Ahad kira-kira pukul 1.34 pagi.

Menurut Zam Halim, hasil siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa pergi ke padang permainan untuk mengambil anak lelakinya berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI