fbpx

Lebih ramai solat tarawih di Masjid Setia Alam selepas video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ibrahim mengalu-alukan kedatang lebih ramai jemaah terutamanya golongan belia untuk mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan.

SHAH ALAM – Pihak pengurusan Masjid Setia Alam mengalu-alukan kedatangan lebih ramai orang muda yang ingin menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan susulan tularnya sebuah video di laman TikTok, baru-baru ini.

Bendahari masjid, Tengku Ibrahim Tengku A. Samad Shah, 62, berkata, video tersebut telah membuatkan lebih ramai belia lebih bersemangat untuk menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Menurut beliau, solat tarawih 20 rakaat di masjid berkenaan juga boleh dihabiskan sekitar pukul 10.15 malam.

Tengku Ibrahim berkata, Masjid Setia Alam sememangnya terkenal dalam kalangan orang muda dan turut dikenali sebagai ‘Masjid Remaja’.

Tambah beliau, solat tarawih kali ini dimamkan oleh individu yang bukan calang-calang orang dan boleh membaca ayat al-Quran dengan merdu.

“Pada hari pertama, kami bawakan imam dari Jordan. Hari kedua pula, solat tarawih diimamkan oleh pelajar tahfiz. Hari Sabtu dan Ahad, kami bawakan imam jemputan.

“Sebab itulah masjid ini menjadi tarikan orang muda. Walaupun tarawih kami dapat diselesaikan dengan pantas, imam bacakan surah-surah pilihan dengan makhraj yang betul.

“Malah, solat juga dilakukan secara tertib berserta tamakninah,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo!, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai video di laman TikTok, Tengku Ibrahim tidak menafikan terdapat pertambahan jumlah jemaah selepas ketularan video berkenaan.

“Ketika solat tarawih, boleh dikatakan hampir 2,000 orang datang sembahyang di sini. Kalau hari Jumaat, lagi padat,” jelasnya.

Tengku Ibrahim berkata, masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Tambah beliau, Masjid Setia Alam yang kini berusia dua tahun juga dijadikan sebagai tempat transit kerana lokasinya yang dekat dengan jalan utama.

“Di sini ramai orang muda. Tidak dinafikan, masjid kami ini menjadi tarikan kepada golongan ini.

“Oleh itu, kami sedaya upaya cuba jadikan masjid ini mesra jemaah,” ulasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Masjid Setia Alam telah menjadi tular susulan sebuah video yang dimuat naik oleh @afthabinyusha di laman TikTok.

Menurut Aftha, disebabkan tarawih di masjid tersebut habis awal, beliau lebih bersemangat untuk melakukan 20 rakaat solat sunat tarawih bersama tiga rakaat witir berbanding lapan rakaat yang selalu dilakukannya.

Aftha berkata, itu merupakan kali pertama beliau berjaya melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dalam hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI