fbpx

XES Shoes lancar kempen 20 Sen Untuk Sesama bantu golongan tidak berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kakitangan XES Shoes bergambar bersama penerima bantuan daripada kempen CSR yang dijalankan syarikat baru-baru ini.

PETALING JAYA – XES Shoes, jenama tempatan yang telah beroperasi sejak 22 tahun lalu meneruskan komitmennya dalam membantu golongan tidak berkeupayaan dalam kempen 20 Sen Untuk Sesama sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.

Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong berkata, melalui kempen tersebut, jualan bagi setiap pasang kasut yang berjaya dijual akan disumbangkan sebanyak 20 sen kepada projek Kongsi Rezeki Bersama XES.

Seterusnya projek tersebut yang telah bermula sejak tahun 2018 itu akan memberi manfaat bagi memberi bantuan kewangan dan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah penjagaan dan golongan yang memerlukan.

“Sebagai jenama Malaysia, XES Shoes mahu menggalas tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat tempatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 Selain itu, XES Shoes yang memiliki lebih daripada 140 cawangan di seluruh negara itu kini mempromosikan koleksi terbaharu untuk orang ramai mendapatkan kasut bersesuaian dengan pakaian hari raya ini.

Menurut Wong, XES Shoes menawarkan gaya yang sesuai untuk setiap perayaan dan syarikat menawarkan pembelian pelbagai jenis kasut untuk semua peringkat umur yang terdiri daripada sepuluh kategori di laman sesawang rasmi XES Shoes. 

“Bagi lelaki, terdapat pelbagai pilihan seperti jenis kasut kasual, sandals, sneakers, boots, dress dan loafers. Manakala bagi wanita pula, kasut seperti kasut tinggi, wedges, sandals, sneakers, flats, loafers dan kasual turut ditawarkan,” katanya.

Tambah Simpson, kepakaran jenama ini dalam memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai keselesaan pemakaian kasut dapat diserlahkan dengan penjualan aksesori kasut seperti bahan penjagaan kasut dan sarung kaki yang dipasarkan di semua rangkaian cawangan.

“Ketelitian XES Shoes dalam penggayaan kasut ini tidak terhad kepada kasut sahaja, malah beg tangan wanita juga turut dipasarkan bagi memenuhi kehendak wanita untuk berfesyen selari dengan sifat wanita yang suka bergaya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI