fbpx

Anwar jamin isu hak kanak-kanak lahir di luar Malaysia sedang ditangani kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jerman.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.

Anwar berkata, Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan ketika menjawab soalan pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Berlin semalam.

“Selain itu, saya juga memberi komitmen menerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kesukaran rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi pada pilihan raya umum.

“Dalam ucapan saya maklumkan bahawa Malaysia menerima pengiktirafan daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pengiktirafan itu juga disokong oleh kestabilan politik yang dimiliki Malaysia dan ia merupakan elemen penting bagi pelabur.

“Saya juga mengulangi iltizam bersama rakan Jemaah Menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik buat rakyat keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, Anwar kini berada di Berlin bagi lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI