fbpx

Ahli fisioterapi rugi RM234,160 angkara pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang ahli fisioterapi mengalami kerugian sebanyak RM234,160 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 13 Januari lalu selepas wanita berumur 25 tahun itu melayari Facebook dan menyertai pelaburan melalui aplikasi Bybit.

“Mangsa telah masukkan wang berjumlah RM234,160 dengan 11 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek bermula pada 15 Januari 2024 hingga 2 Mac 2024.

“Mangsa mula menyedari ditipu setelah tidak menerima keuntungan yang dijanjikan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan, pinjaman bank dan pinjaman daripada kenalan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI