fbpx

Tak sempat seludup 935 kg stok minyak masak Ramadan ke Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Perodua Myvi membawa sebanyak 935 kg minyak masak peket yang ditinggalkan di depan sebuah rumah di Taman Bakti, Kampung Slow Teliar di Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN KPDN

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebanyak 935 kilogram (kg) minyak masak peket yang dipercayai untuk dijadikan stok semasa bulan Ramadan di Thailand gagal selepas kegiatannya itu dikesan pihak berkuasa di Taman Bakti, Kampung Slow Teliar di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 8.15 pagi itu, suspek sempat melarikan diri dengan meninggalkan kereta jenis Perodua Myvi dipandunya di depan sebuah rumah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota penguat kuasa mengesan sebuah kereta yang membawa muatan barang kawalan dari sebuah premis di bandar ini.

Menurutnya, anggota bertugas bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bertindak mengekori kereta tersebut sejauh 9 kilometer.

“Suspek kemudiannya bertindak memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum keluar dan melarikan diri ketika tiba di kawasan jalan mati.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai sebanyak 935 kg minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,337,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan minyak masak itu akan dibawa ke pangkalan haram di sekitar Sungai Golok sebelum ia diseludup ke negara jiran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI