fbpx

Status pembinaan tidak capai sasaran, LCS1 dijangka siap 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah daripada kapal LCS yang sedang dalam pembinaan di Boustead Naval Shipyard di Lumut. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Status kemajuan kapal tempur pesisir (LCS) merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada Januari 2024 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemajuan sebanyak 67.57 peratus itu adalah kurang kira-kira satu peratus daripada sasaran iaitu 68.77 peratus.

Kata Mohamed Khaled, terdapat cabaran di peringkat awal semasa penyambungan kontrak LCS terutama berkaitan tempoh mobilisasi oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM) dan vendor dalam meneruskan kontrak ini.

Untuk rekod, Kementerian Pertahanan telah memeterai Kontrak Tambahan ke-6 dengan syarikat Lumut Naval Shipyard (Lunas) (sebelum ini dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard) pada 26 Mei 2023 serentak dengan permulaan semula kerja-kerja pembinaan LCS.

“Berdasarkan perancangan dalam perjanjian tambahan ini, Kapal LCS pertama (LCS1) dijadualkan tersedia pada bulan November 2024 untuk melalui Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) dengan kemajuan kerja sebanyak 85.97 peratus.

“Hanya selepas kesemua ujian ini selesai, Kapal LCS pertama akan ditauliahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangkakan pada 2026,” katanya ketika menggulunh Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerja pembinaan bagi kapal LCS2 dan LCS3 disasarkan dengan peratusan kemajuan masing-masing sebanyak 78.17 peratus dan 61.48 peratus menjelang akhir 2024.

“Kemajuan kerja bagi LCS4 dan LCS5 pula masing-masing adalah dijadualkan sebanyak 53.40 peratus dan 44.11 peratus disumbangkan daripada elemen peralatan dan modul blok yang telah dibina.

“Berkenaan peruntukan tambahan kerajaan sebanyak RM2.519 bilion, ia hanyalah bagi menampung perubahan spesifikasi LCS iaitu perubahan spesifikasi bagi Surface-to-Surface Missile (SSM), Decoy Launching System (DLS), dan Integrated Platform Management System (IPMS),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI