fbpx

Kita kerja lebih jam berbanding orang lain, tak mengeluh – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Nabila Huda berasa hairan apabila ‘realiti’ masyarakat yang dipaparkan menerusi drama mahupun filem menjadi perdebatan segelintir pihak sedangkan apa yang dipamerkan adalah hakikat kehidupan.

PETALING JAYA – Lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Nabila Huda berasa hairan apabila ‘realiti’ masyarakat yang dipaparkan menerusi drama mahupun filem menjadi perdebatan segelintir pihak.

Kata Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, itu termasuk babak atau adegan ‘soft porn’ yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian khalayak.

“Dunia media sosial sekarang, semua benda jadi salah. Semua benda tak kena padahal benda ini (soft porn) dari dulu lagi memang wujud dalam drama mahupun filem.

“Tapi orang tak pandang nilai moral daripada cerita dipaparkan. Orang lebih pandang kepada adegan yang kontroversi.

“Orang sekarang hidup dalam denial (penafian). Padahal benda begitu berlaku sahaja dalam hidup masing-masing cuma mereka tak suka kita visualkan. Zaman sekarang, orang suka ‘screenshot’ dan jadikan sesuatu benda kontroversi,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang media drama Lelaki Itu, baru-baru ini.

Sebagai seorang anak seni, Nabila, 40, menegaskan bahawa semua orang yang terlibat dalam bidang seni berusaha keras untuk melahirkan karya yang bermutu buat tatapan audiens.

“Bukan senang menjadi seorang anak wayang. Janganlah dengan mudah menjatuhkan maruah kami hanya kerana kami berlakon. Kami tak buat salah apa pun.

“Kita buat bahagian kita dan bekerja bersungguh-sunggguh. Kerja lebih jam berbanding orang lain lain. Tapi, kami tak pernah mengeluh tentangnya. Kita betul-betul cintakan kerjaya kita,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kalau setiap orang asyik mencari salah orang di sekeliling, industri seni tempatan tidak akan berkembang seperti negara-negara luar.

“Kalau asyik cari salah sahaja, sampai bila industri kita nak maju? Selalu nak dipandang seorang sahaja.

“Kita ini, semakin bertambah tahun, semakin nak mencari salah. Sekarang dah 2024 dan tak seronoklah sebab nak majukan industri perlukan sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, isu babak berunsur ‘soft porn’ menjadi bahan bualan hangat apabila diselitkan dalam filem dan drama tempatan.

Paling terbaharu ialah filem La Luna yang dikritik kerana mempunyai babak sensitif termasuk ‘soft porn’ dan mengetengahkan ideologi liberal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI